Friday 19 December 2014

Awang yakin dia boleh kalau nak

Aku ada buka one blog ni dan aku baca apa yang di postingnya. Dia nak berubah ke fitrah asal. No hal, boleh dia nak berubah dari jadi songsang, tapi kena tanam dalam diri mesti kuat! Dugaan yang datang akan lebih mengancam tetapi jangan risau sebab ALLAH akan tolong hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

Mungkin dah tiba masanya untuk kau berubah sekurang-kurangnya hati kau terjentik untuk berpaling dari sisi gelap yang entah di manakah penamatnya. Aku cuba gambarkan perasaan risau ibu kau kalau kau belum kahwin, namun soal jodoh ni bukan boleh dipaksa atau main redah sahaja. Jodoh kena pilih juga bro. Bila kau dah kahwin nanti Insya-Allah kau dapat mengurangkannya bahkan kau mampu menahannya. Sekurang-kurang kau boleh berfikir mengenai tanggungjawab yang bakal kau lalui. Abaikan soal barang naik ke tak naik ke masa bersekedudukan sebab fitrah seorang lelaki memang untuk perempuan. Dapatkan rawatan sewajarnya.

Bila nak berubah ni memang susah bro tapi kau mesti yakin okey... bebaru ni pun aku menerima kunjungan kenalan baru, orang yang dah kahwin. Syaitan memang sibuk menjalankan kerjanya. Senangtiasa berbisik, "Rugi kalau kau tak main dengan dia, alang-alang dia dah datang tu..." bisik syaitan laknatullah.


Saat renungan masing-masing bertaut, mulalah timbul keinginan songsang. Tapi kena kawal dan aku bertanya akan perasaan plu nya selepas dia kahwin selama 18 tahun lalu. "Alhamdulillah boleh kawal." katanya. "Dapat kurang." Tambahnya lagi. Mendengar katanya begitu memang masih ada perasaan plu tu sebab susah nak buang. Jadi memang ujian besar buat orang-orang plu sebab itulah ia dinamakan JIHAD, JIHAD melawan nafsu. Masa tu pun tak jadi aku buat projek walaupun ruang dan peluang terbentang luas. Aku pun campak jauh intipati 'RUGI' kerana setiap kali kita berjaya menolak keinginan, itu bukanlah namanya KERUGIAN tetapi KEUNTUNGAN yang menjana PAHALA setelah menghindari DOSA.

Yakinlah bro, kau akan lebih belajar menghargai perasaan perempuan kalau kau tenung wajahnya saat dia sedang tidur. Dia adalah peneman hidup kita, semoga Till Jannah bro. Amin.