Thursday 7 March 2013

Cerpen : USIR

“Kau cukup bangga dengan rupa parah yang kau ada.” 

“Ya! Sebab ini adalah anugerah. Aku patut bangga yang aku tampan dan ramai orang suka dekat aku berbanding kau! Dahlah buruk, miskin pulak tu!” 

“Ya, aku sedar tetapi tampan atau tidak bukan itu yang Allah pandang.” 

“Kalau kau pun dasar PLU jugak, tak payah nak ceramah agama depan aku. Kau betulkan diri kau tu dulu, lepas tu barulah kau datang cari aku selepas kau betul-betul dah berubah. Tapi aku yakin, kau takkan dapat menahan godaan setelah kau lihat orang macam aku yang kau suka.” Jawab Hairy Dengan angkuh dan sombong. 

“Sekurang-kurangnya aku cuba nasihatkan kau agar kau tak menyakitkan hati orang lain sebagaimana kau sakitkan hati aku.” 

“Hoo… sakit? Baguslah kalau sakit. Kau ambil kain baju kau, berambus dari rumah aku. Pelajaran tak seberapa, ada hati nak nasihatkan aku.” Hairy menghalau Asrul dari rumah. 

Asrul lelaki gendut yang dikutip dua tahun lalu diusirnya. Bukannya Hairy tak tahu keadaan Asrul bagaimana? Selepas ini Asrul tidak tahu hala tuju lagi. Ke mana dia mahu menumpang? 

Paling tidak pun menumpang teduh di rumah ini. Namun, Hairy tidak lagi bersimpati. Telah lama Hairy pekak telinga mendengar cerama agama daripada Asrul yang saban hari menjengkelkannya. Iktu suka hari aku la nak bawa jantan mana masuk dalam rumah ni. Ni rumah aku. Dasar tak sedari diuntung betul. Dah bagi tumpang pun masih banyak bunyi. Bebel Hairy dalam hati. Oleh kerana Asrul nampak seperti alim sejak kebelakangan ini, elok di halau sahaja gendut ni. 

“Terima kasih.” Asrul berundur tanpa banyak bicara. Dia tahu dia menumpang di situ. Memang dia perasan Hairy macam tak beberapa suka lagi kepada dirinya. Dua tahun yang begitu baik dilalui, kini terasing. Walaupun Hairy mengusir dirinya, dia sedar, pertolongan Hairy selama ini cukup bererti. 

Hairy yang duduk di sofa hanya berpeluk tubuh. Melihat sahaja Asrul mengangkat beg besar untuk keluar dari rumah. Tiada ucapan terakhir melainkan jelingan. 

“Aku pergi Ery…” 

Hairy diam.

“Aku pergi ni…” Ucap Asrul sekali lagi seperti keberatan. 

“Berambus la!” Halau Hairy. Tiba-tiba hujan lebat turun. Biarlah basah kuyup pun. Hairy tak peduli. 



*** 



Diusir hari hujan, dengan ayah juga usir, dengan Hairy juga terusir. Apa lagi dosa yang aku lakukan Tuhan? Keinsafan ini memerangkap aku ke? Asrul menapak perlahan-lahan di dalam hujan itu dia menitiskan air mata. 

Dalam tangis dan hiba, dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta itu brek mengejut setelah menyedari ada sesusuk tubuh di bahu jalan itu. Cepat-cepat seorang lelaki keluar. 

“Encik tak apa-apa ke?” 

Asrul yang rebah bangun semula sambil dipapah oleh lelaki itu. 

“Eh!” Lelaki itu terkejut. 

Asrul pandang lama. Kemudian lelaki lewat 30an itu membawa Asrul ke dalam kereta. 

“Nak ke mana dalam hujan ni As?” 

“Tak tahu ke mana.” 

“Gaduh dengan Ery?” 

Asrul diam. 

“Abang Sufi…” Asrul tunduk. 

Sufi menoleh memerhartikan sesusuk tubuh yang lencun itu. 

“Ya?” Sufi masih memandu perlahan dalam hujan lebat perlu berhati-hati. 

“Tak apa ke basah ni?” Asrul tunduk. Dia mengenali Sufi kerana Sufi kawan kepada Hairy. Asrul tahu bahawa Sufi sudah lama meminati Hairy cuma Hairy jual mahal dan menolak cinta Sufi. Gara-gara itu Asrul terpaksa membantu Hairy menggadaikan perasaan dan maruah. 

“Hubungan As dengan Ery ada masalah ke?” Sufi mahu tahu. 

“Okey je.” Asrul menjawab tidak jujur. 

“Abang hantar balik ya.” 

“Jangan!” Asrul menghalau. Bukannya Sufi tidak tahu, tadi beg besar ada bersama Asrul. Sudha tentu keluar dari rumah hendak ke lain tempat. 

“Lari dari rumah ke?” Sufi meneka. 

Asrul diam. 

“Lewat malam macan ni tak takut ke?” Sufi tanya lagi. 

Asrul mengeluh. 

“Sebenarnya…” 

“Kenapa?” 

Sufi beri-ia ingin tahu. 

“Saya dengan dia tak ada apa-apa.” 

“Dah putus?” Sufi terkejut. Seingat Sufi, Hariy mencintai Asrul bagai nak rak. Di hadapan matanya, Hairy dan Asrul begitu mesra seolah-olah dirinya tidak wujud. 

Memanglah ada perasaan cemburu tetapi mungkin tiada jodoh. Sufi belajar menerima keadaan itu. Tapi tak pula dia tahu bahawa keretakan hubungan Hairy dengan Asrul sampai ke tahap ni? Sufi tak pernah berdendam dengan sesiapa walaupun dia sudah lama memendam perasaan pada Hairy dan Hairy tidak pernah membalas cintanya. Kalau dilihat Asrul, memang bukan ciri-ciri lelaki idaman, pelik la juga kerana citarasa Hairy nampak aneh, suka yang berbadan besar tetapi Sufi selalu lihat Hairy keluar dengan lelaki kurus. Pada mulanya Sufi menyimpan syak tapi setelah difikirkan semula, tak baik buruk sangka. 



*** 



Sufi seperti kalah pada kedinginan. Asrul juga begitu demam. Tetapi Sufi yang terlantar penat di sofa itu didatangi Asrul lalu dilap dahi Sufi dengan kain basah. Asrul membantu. 

“Abang demam.” Beritahu Asrul. 

“Tak.” 

“Betul, abang demam. Pergi klinik ya?” Saran Asrul tapi Sufi berdegil. 

“As… kenapa As putus dengan Hairy?” Soalan itu yang ditanya Sufi. 

Tiada jawapan untuk pertanyaan itu. 

“Abang… As nak ucap terima kasih sebab Sufi tumpangkan As di rumah ni. Tapi As janji, hujung minggu ni As cari tempat lain.” 

“Kenapa cakap macam tu?” 

“Sebab As tak nak susahkan abang.” 

“Tak As… As tak pernah susahkan abang. Selama kita kenal, As banyak tolong tenangkan perasaan abang. Abang beruntung dapat kenal orang macam As.” Sufi berucap perlahan. Asrul masih lap dahi itu. 

Tiba-tiba Sufi memegang tangan Asrul dan dikucup. 

“Rugi Ery melepaskan orang macam As yang penyayang.” 

“Tapi abang suka dia, kan?” 

“Itu dulu, tapi selepas apa yang dia buat pada As… perasaan tu dah tak ada.” 

“Abang… As mintak maaf… As tak boleh.” Asrul serba salah. 

“Abang suka As bukan atas dasar simpati tetapi pada hati. Hati As mulia.” Sufi bangun perlahan-lahan. 

“Abang berehat lah, As penat… As nak masuk tidur dulu ya abang…” Asrul meminta izin Sufi. 

“Tidur dekat abang, boleh?” 

“Tidur je.” 

“Ya, tidur je. Abang janji yang abang takkan buat apa-apa.” Kata Sufi meyakinkan Asrul. 

***

Sufi menerima panggilan telefon, dijawabnya panggilan itu. Panggilan daripada seseorang yang menolak lamaran cintanya. Malas rasnaya mahu dijawab. Panggilan itu sangat menganggu tambah lagi dia sudaha mendengar keluhan Asrul yang telah diusir. Mana boleh bagi muka. Sanggup usir Asrul yang tak bersalah.

SMS Hairy
Kalau ya pun kau benci aku,
jawablah sekejap!

SMS Sufi
Orang nak tidurlah!

SMS Hairy
Aku ada depan rumah kau.
Kalau kau tak buka, aku pecah masuk!

Sufi serba salah. Asrul sekarang sedang tidur. Hairy pula sibuk datang sini buat apa? Sengaja nak kacau daun ke apa? Apa hal dia ni?

Sufi buka pintu. Tercegat Hairy di hadapan pintu dengan wajah yang tidak berpuas hati. Renungan mata Hairy sangat tajam seperti mahu telan Sufi sahaja.

"Kau nak apa?"

"Aku dapat tahu kau siumpan budak gemuk tu dekat sini?" Tanya Hairy.

"Lantak akulah, yang kau sibuk sangat apa hal? Kau dah usir dia dari rumah kan? So, kau dengan dia tak ada apa-apa." Sufi tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu tinggikan suara bimbang nanti Asrul terjaga dari lena. Asrul tu tak berapa seihat macam demam sahaja. Sufi juga tidak sedap badan.

"Dia dah cerita segalanya pada kau ke?"

"Kenapa? Kau rasa tergugat? Dah la Hairy, aku tak sangka orang yang nampak polos dari luaran rupa-rupanya punya hati yang sangat busuk. Anjing lagi mulia daripada kau, tahu? Sekurang-kurangnya mereka tahu belas kasihan tak seperti kau, faham?" Sufi terpaksa tegas dalam soal hati dan perasaan kerana dia tahu perasaan bagaikan kristal. Jika ia berderai maka ia tidak lagi sempurna.

Hairy tersentak mendengar kata-kata Sufi. Nampaknay Sufi benar-benar mempertahankan Asrul. Hairy tetap tidak berpuas hati. Dia tidak mahu kawannya itu simpan budak gendut tu. Budak tu kurang ajar! nak bagi tunjuk ajar sedangkan diri sendiri tak betul. Semua nak kena tanggung, kerjanya malas. Itulah anggapan Hairy sedangkan Asrul lah seorang yang paling bagus. Pakaian Hairy, Asrul yang basuh. Makan minum Hairy, Asrul juga yang tolong masak. Tapi Hairy? Sedikit pun tak menghargai pengorbanan yang Asrul lakukan. Malah berfoya-foya dengan lelaki lain. Kadang-kadang baw abalik lelaki dan beromen di hadapan Asrul. Mana Asrul nak campak perasaan tu?

"Kau jangan nak bela dia!" Bentak Hairy dengan nafas yang kencang.

Sufi tolak tubuh Hairy supaya pergi dari rumahnya. Jangan nak buat bising dekat situ. Lagipun Hairy bukan ada apa-apa hubungan dengan Asrul. Sufi tahu, itupun Asrul dipaksa untuk bercerita.

"Kau dengan dia bukan couple!" Marah Sufi.

Terdiam Hairy.

Diakui semua itu demi mengelak dari Sufi supaya melupakan perasaan sayang dan cinta. Hairy buat semua tu sebab dia tak nak Sufi terus berharap. Dia tak suka ada komitmen dengan hubungan. Dia tak bersedia untuk jadi couple sesiapa. Dia suka hidup bagaikan 'pelacur' yang boleh singgah bermalam dengan sesiapa sahaja. Asrul dijadikan alat untuk menghindari perasaan Sufi sahaja.

"Kenapa diam?" Marah Sufi lagi.

"Aa...aku..." Hairy sudha tergagap-gagap. Tadi datang macam hero mahu mengalahkan musuh sekarang cuba mengelak dari tombak bersalah.

"Kau dah halau dia. Manusia jenis apa kau ni?" Bebel Sufi lagi. "Kalau kau tak nak dia pun, kau boleh berbincang. Tak payah nak kutuk dia macam-macam."

"Aku malu."

"Apa kau nak malu? Kau malu bila kawan-kawan kau cakap kau couple dengan chubby? Wei! Chubby pun ada perasaan jugak. Sekarng aku dah mula faham, kenapa aku dah mula benci dekat kau?" Ujar Sufi merenung tajam. Kalau bukan kerana sabar, sudah lama dia tumbuk muka Hairy. Dah dua tahun Asrul duduk bersama Hairy, baru sekarang rasa malu? Apa punya manusia Hairy ni? Sufi cuba kawal perasaan marah.



*** 


Asrul masak sedap-sedap untuk Sufi. Dia mahu Sufi rasa masakannya yang enak itu. Dia juga ingin tahu reaksi Sufi nanti bila rasa air tangannya. Tak sabar rasanya menunggu Sufi balik dari kerja. Asrul duduk di meja makan itu sambil memerhatikan lauk pauk yang dimasak itu. Ayam berempah, ikan tiga rasam, telur dadar dan kari ayam. Tidak lupa juga minuman kegemaran Sufi, tembikai susu. Asrul sediakan santapan istimewa. Dia tahu Sufi penat. Kalau penat memang susah nak masak. Maklumlah, Sufi kan bujang.

Dia dengar grill pintu terbuka. Cepat-cepat dia bangun dan mahu menjemput Sufi. Dia melebarkan senyuman manis buat lelaki itu.

"Abang dah ba..." Kata-kata itu terhenti. Dia fikir Sufi yang balik tapi sangkaannya meleset sama sekali. Bukan Sufi tapi Hairy.

"Gembira betul kau tinggal dekat sini kan?"

"Kau buat apa dekat sini? Abang Sufi tak ada."

"Ya kau tahu dia tak ada, sebab tu aku datang."

"Macam mana kau boleh masuk?" Soal Asrul.

"Ada pintu, aku masuk la."

"Tapi kan kunci."

"Aku rasa kau tak perlu la jawab soalan bodoh kau tu." Hairy terus melangkah tanpa diundang. Dia terus ke dapur dan memerhatikan lauk pauk terhidang di situ. "Semua ni kau masak?" Soal Hairy.

"Ya."

"Kenapa kau masak untuk dia? Kau ada feeling dekat dia ke?" Hairy merenung tajam ke mata Asrul yang tercegat pula di pintu dapur itu. Dadanya berombak mendengar kata-kata itu tetapi dia cuba bertenang.

Asrul diam.

"Dia pun buta ke? Dia sanggup bela kau dekat rumah ni kan? Busuklah rumah ni nanti."

"Yang kau sakit hati dengan aku ni kenapa?" Asrul tidak dapat menahan. Sesekali terlepas juga ucapan geram.

Hairy muka tak malu. Sudah halau Asrul keluar rumah tapi masih sibuk ambil peduli. Manusia yang ego memang begitu. Bila dah tak ada Asrul di rumah sana, mulalah rasa kehilangan. Siapa Asrul di hati Hairy sebagai tempat pajak hati sahaja.

"Buat apa aku nak sakit hati pulak? Biasa aje." Hairy menafikan. Tapi... Hairy rasa geram. Geram yang teramat sangat. Dia tolak semua lauk pauk itu. Dia tak nak Sufi senang-senang makan masakan itu.

Tergamam Asrul melihat perangai Hairy yang menolak segala masakan itu jatuh ke lantai. Erk! Asrul cuba halang tetapi tak sempat buat apa-apa melainkan hanya memerhatikan sahaja semua itu dilingkupkan.

Kebetulan Sufi baru sampai dan bergegas ke situ setelah mendengar keadaan riuh rendah di dapur. Terkejut sungguh melihat insiden itu. Hairy mengamuk.

"Kau kenapa?" Sufi menjegilkan biji mata.

"Errr..." Hairy kehilangan kata-kata. Otaknya ligat mencari alasan.

Sufi pergi dekat Asrul. Dipeluk bahu itu. Cuba ditenangkan jiwa Asrul yang nampak gelisah. Sufi dah masak dengan perangai gila Hairy tu sekarang. Memang menyakitkan hati.

"Kenapa kau buat kacau dekat sini?"

"Aku tak buat kacau. Aku fikir dia dah mandrem kan kau agaknya. Nanti bila kau dah makan semua masakan ni, kau akan bertambah gila dekat dia. Kau sedar tak yang dia tu sesuai dengan kau?"

"Aku atau kau sebenarnya yang gila?" Tempelak Sufi.

Hairy terdiam. Tanpa banyak bicara, Hairy beredar begitu sahaja. Asrul sedih kerana masakan itu sudah tidak boleh dimakan lagi.

"Abang..."

"Tak apa." Sufi gosok bahu Asrul.



***



Malam tadi mimpi yang sangat indah. Mimpi bersama dengan Asrul. Walaupun Asrul tidaklah secomel orang lain tetapi Asrul sangat mengambil berat. Hatinya kudus tidak pernah membandingan dirinya dengan orang lain. Gara-gara itu Sufi jatuh cinta. 

Hanya pelukan sahaja dilakukan untuk Asrul. Dia tidak lebih lebih. Itu merupakan pelukan kasih sayang. Sufi tahu kisah hidup Asrul yang tragis itu. Itu pun dipaksa untuk diceritakan. Kalau orang lain sudah lama buat kerja bodoh tetapi Asrul tak. Walaupun Sufi minta agar Asrul buat laporan polis, tetapi Asrul enggan. 

Diliwat oleh ayah sendiri yang mabuk ketika itu amat dikesali. Seorang ayah yang telah kehilangan isteri. Tergamak si ayah memperlakukan perkara terkutuk itu pada lelaki seperti Asrul. Kadang-kadang rasa terhina, namun Asrul tidak salahkan ayah. Asrul salahkan diri sendiri kerana terlalu baik dengan ayah sampai ternoda. 

Apabila Asrul tidak lagi memenuhi keinginan si ayah, maka si ayah mengusir Asrul keluar dari rumah. Sungguh tidak terduga. 

“As… bangun…” Sufi kejutkan Asrul tapi… 

“As!” Sufi terkejut.

Tubuh Asrul lemah. Mata itu seolah-olah lemah untuk dibuka. Argh!!! Sufi tiada pilihan. Macam mana dia mahu angkat tubuh Asrul yang besar itu? Dia mesti ikhtiar. Dia mesti memapah tubuh itu. Asrul mesti kuat.

"As! kenapa ni?" Soal Sufi yang bimbangkan keadaan itu. Selama Asrul tinggal bersamanya, tidak pernah ini yang terjadi. Asrul nampak pucat. Wajah itu tidak bermaya.

Tiada tempat lain yang dituju melainkan hospital. Sufi bawa Asrul ke hospital dan dibawa masuk ke ICU. Memang keadaan Asrul kritikal. Sufi resah menunggu diluar. Dia hubungi Hairy tapi Hairy tak jawab, Dia kirimkan pesanan.

SMS Sufi
As masuk hospital

SMS Hairy
Ada aku kisah?

SMS Sufi
Ni serius.

SMS Hairy
Erm...

Asrul ditahan dalam wad. Sepanjang seminggu, Hairy langsung tak datang melawat. Sufi sudah maklumkan tapi Hairy sombong tak nak ambil peduli.

"Abang... Ery tak datang ke?"

Sufi tak tahu nak jawab apa. Dia tahu bahawa Asrul merindui Hairy tapi apa boleh buat, lelaki itu telah banyak mengores hati dan perasaan.

Sufi genggam tangan Asrul kuat-kuat. Doktor sudah memaklumkan perkara yang mengejutkan. Sufi susah nak menelannya apatah lagi pada Asrul. Tapi dia cuba bertanya.

"Walaupun Ery tak datang, Abang Sufi kan ada dekat sini. Abang akan temankan As."

"As tahu abang sedih, kan?" Asrul terbaring lemah. Tangannya digenggam erat oleh Sufi.

Sufi kehilangan kata-kata. Asrul memberitahu Sufi bahawa dia telah lama tahu akan penyakit itu dan dia meminta agar Sufi merahsiakannya penyakit itu daripada pengetahuan Hairy. Dia tidak mahu Hairy hidup dalam rasa bersalah.



***


SMS Sufi
kau masih tak nak datang melawat ke?

SMS Hairy
Buat apa?

SMS Sufi
Dia tenat

SMS Hairy
Ada aku kisah?

SMS Sufi
Kau ingat ni main-main ke?
Kalau kau tak sempat mintak maaf,
aku pasti kau akan menyesal seumur hidup!
Bye!

Sufi terpaksa melepaskan rasa geram. Call tak jawab, SMS pulak jawab lebih kurang aje. Sakit hati! Telefon bimbit Sufi berbunyi juga. Panggilan daripada Hairy diterima.

"Wad mana?" Hairy datang juga.

"12."

Tidak lama selepas itu, Hairy muncul. Sufi memandang Hairy yang terluka di dahi. Dia kemalangan tadi kebetulan dimasukkan ke wad itu tetapi di dalam hospital itu teringatkan Asrul jadi dia segera mahu bertemu Asrul.

"Kau kenapa?" Sufi menahan kesedihan.

"Mana As?" Tehincut-hincut Hairy melangkah.

"Kau dah terlambat. Tapi dia tinggalkan ni untuk kita." Sufi menghulurkan sekeping nota. Hairy mengambilnya.



Leleki gendut di sebelahnya tidak lagi bernyawa. Tetapi Sufi nampak kerja di tangan Asrul. Kertas itu terkonyok kerana digenggam kuat. 

Warkah buat abangku berdua, 

Abang Sufi, terima kasih kerana Abang Sufi menjaga As yang tidak ada arah tuju. Abang berdua sungguh baik. Walaupun As macam ni, tapi abang berdua sanggup jaga As sampai As betul-betul kuat. As belajar erti ketabahan daripada abang berdua. 

Buat abang Ery, walaupun hati As diperdagangkan, tapi As bersyukur kerana dipertemukan dengan abang yang kutip As tepi jalan. Setiap malam As berdoa agar abang berubah. 

Abang Sufi juga terlalu baik, sehinggakan hati As berbelah bahagi, tapi, walau kasih dan sayang macam mana pun As pada abang berdua, As tak dapat menduakan cinta As. As begitu mencintai Rasulullah S.A.W. 

Halalkan segalanya dunia dan akhirat. Hanya Allah yang mampu membalas segala-galanya. As memohon ampun dan maaf. Assalamualaikum… 

Yang merindu, 
Asrul. 


Tiada apa yang tinggal melainkan kenangan. Asrul mengetahui ajalnya. Selepas disiasat, Asrul penghidap barah hati yang kronik. Tidak pernah Asrul menyuarakan sakitnya itu kepada sesiapa. Maka dia pendamkan sendiri sehingga ajal menjemput. Asrul berpeluang memilih jalan yang terang walaupun dalam kesuntukan masa. Selepas dimasukkan ke hospital, barulah Sufi mendapat tahu penyakit sebenar Asrul itu. Hairy pula terus diburu kekesalan tidak henti-henti meminta maaf walaupun Asrul tiada lagi.

TAMAT

7 comments:

  1. lor! sad ending!

    ReplyDelete
  2. Wat kind of ending is tat?!?!? Kowt ye pun bg le Hairy tuh ade skli. Ending sdey tp x best. Prmulaan,klimaks smue perfect. Ending cm ape je. Tkar and buat smula! Okay mr.author? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. New version punye best.. Two thumbs up :) ska!!!

      Delete
  3. what?????????????????????

    ReplyDelete
  4. tak guna hairy tu,
    padan muka kemalangan buruk dh muke tu

    ReplyDelete