Thursday 24 October 2013

Percintaan Ini Menguji Kesabaran

Dunia kita...

Tidak pernah terlintas difikiran mahu menduakan cinta bahkan tidak pernah mahu ianya terjadi. Terkadang rasa rimas juga bila orang tak mengerti akan maksud yang tersirat. Iyalah, bukan semua orang faham apa yang kita rasa dan apa yang dilalui. Semua ini hati yang tanggung.


Menjadi seperti ini bukan rela tetapi terpaksa memenuhi kehendak naluri yang sememangnya boleh dielak dengan pelbagai cara. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan?  Ternyata ia tidak mudah. Menjadi insaf adalah perkara yang sangat luar biasa. Kemampuan melawan takdir pula bukan perkara biasa. Jarang berlaku namun itulah ia penyimpangan dari fitrah manusia.

Tidak perlulah mahu menyalah orang lain sebaliknya lihat pada diri sendiri. Jika kuat untuk tinggalkan, maka tinggalkan ia dengan sebulat tekad. Bukan hari ini okey esok dah lain pula. Biasanya begitu kerana ini adalah dugaan. Kehidupan tanpa dugaan memang tidak menyeronokkan. Tetapi, ada ke kehidupan sekarang tidak ada dugaan bagaikan mendatar tanpa perasaan? Belum pernah ditemui semenjak berkurun lamanya.


BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG
...lihat sahaja di sini. Ada juga yang menyimpang dari landasan. Ini adalah kehendaknya dan sememangnya ini yang menjadi pilihan. Dia tidak pernah mahu tetapi hatinya meronta-ronta mahukan kasih sayang dan perhatian. Menyentuh soal tanggungjawab, semestinya dia mahu sempurna. Adakalanya kesempurnaan yang diharapkan tidak pernah kukuh malah ia serapuh dahan yang tertiarap di tanah gersang. Oleh itu, dambaan dan keinginan mesti dipenuhi, jika tidak keseronokkan hilang seperti malam tiada bulan dan bintang.

SELINGKUH
Perkara yang sangat ditakuti namun ia sentiasa terjadi. Dalam diam-diam ada pasangan lain menghuni hati kekasih. Apakan daya, sejuta rasa bergolek dalam sepi, dibakar api kerana mimpi. Memilih untuk mencari yang lain kerana nafsu tidak pernah berasa cukup.


Cinta duka tidak akan dirawat dengan kecewa. Hanya kebahagiaan yang bisa menyembuhkan sengsara :-)

No comments:

Post a Comment